Overblog
Edit post Follow this blog Administration + Create my blog

Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11; Allah mengangkat darjat

Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11; Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan juga yang menuntut ilmu, dan sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. Daripada Abu Darda’, bawahasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada di dalam air. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barang siapa yang menuntut ilmu itu, maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagian yang paling banyak.” (Hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)

To be informed of the latest articles, subscribe:
Top