Overblog
Edit page Follow this blog Administration + Create my blog

Usul Fiqh

BAB 1 : PENGENALAN USUL FIQH

TAKRIF USUL FIQH

USUL

FIQH

Bahasa : Berasal dari kata jama’dan asl

Dasar atau asas dibinakan

sesuatu, dalil dan kaedah

Istilah :Dasar yang dijadikan sebagai

pembinaan ilmu Fiqh.

Ø Ilmu yang berkaitan dengan hukum-hakam yang bersifat amali, diinstibatkan dari dalil-dali yang terperinci.

Ø Fiqh merupakan dugaan kuat seorang mujtahid dalam usahanya menemukan hukum Allah swt.

USUL + FIQH

Ø Pengetahuan berkaitan dengan dalil-dalil fiqh secara global dan cara bagaimana menggunakannya serta mengetahui keadaan orang yang menggunakannya (mujtahid)

Ø Ilmu yang berkenaan dengan hukum hakam manusia berdasarkan dalil-dalil terperinci.

KEPENTINGAN USUL FIQH

· Mengetahui kaedah- kaedah hukum dan cara digunakan oleh mujtahid justeru tidak bertaqlid

· Memeliara agama daripada penyalahgunaan dalil oleh ulama-ulama palsu

· Dapat melakukan pentarjihan terhadap pandangan para ulama silam.

· Mengetahui kekuatan dan kelemahan susuatu pendapat sehingga mampu dibuat pentarjihan bersesuaian dengan zaman, tempat dan situasi semasa

· Dapat meninstibatkan hukum-hakam Islam yang bersifat semasa dan setempat

· Mampu menghargai pandangan ulama silam sehingga tidak menghukum mereka sebagai sesat dan sebagainya .

· Memberi kesedaran kepada orang awam bahawa hukum Islam tidak boleh direkacipta oleh akal manusia tetapi bersandarkan kaedah yang bersumberkan wahyu.

BAB 2 - SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU USUL FIQH

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU USUL FIQH

Zaman Rasulullah SAW

Zaman Sahabat

Zaman Tabiin

Zaman Kemunculan Ilmu Usul Fiqh

1) Zaman Rasulullah

Tidak memerlukan kepada pengumpulan dan pembukuan kepada kaedah usul ini kerana Nabi Muhammad S.A.W adalah ‘sumber hukum’ terhadap segala permasalahan yang timbul.

Hukum-hukum diambil daripada wahyu iaitu dalam bentuk al-Quran dan penjelasan Baginda iaitu al-Sunnah.

Baginda akan menjawab secara terus berdasarkan ayat al-Quran yang diturunkan atau penjelasan Baginda sendiri.

Pengistinbatan hukum bermula dengan al-Quran dan berakhir dengan ijtihad.

Rasulullah S.A.W adalah satu-satunya ‘sumber’ hukum ketika itu kerana al-Quran diturunkan melalui Baginda dan hadis juga merupakan wahyu Allah S.W.T kepada RasulNya S.A.W.

2) Zaman Sahabat

Sahabat mula mengistinbat hukum syarak setelah Rasulullah saw wafat.

Dokumentasi kaedah usul tidak dilakukan kerana faktor penguasaan bahasa Arab yang merupakan bahasa alQuran di samping ‘persahabatan’ rapat dengan Rasulullah S.A.W dan mengetahui sebab turun ayat mahupun sebab wurud hadis bahkan mereka sendiri adalah perawi hadis menyebabkan mereka orang paling mengetahui rahsia-rahsia perundangan Islam.

Pada zaman juga, sebarang masalah yang timbul dirujuk kepada para Sahabat. Mereka berupaya mengistinbat hukum terus dari al-Quran dan sunnah kerana beberapa faktor, antaranya:

1. Penguasaan bahasa Arab yang baik membolehkan mereka memahami al-Quran dan sunnah dengan tepat.

2. Mempunyai pengetahuan tentang nuzul ayat dan sebab - sebab sebuah hadis diucapkan.

Mereka merupakan para perawi hadis. Oleh itu, mereka tidak perlu kepada metod tertentu untuk menentukan kesahihan sesebuah hadis.

Mereka menetapkan sesuatu hukum dengan merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Apabila mereka mendapati tiada sebarang ketetapan hukum tentangnya, mereka akan berijtihad dengan menggunakan qiyas. Inilah cara yang digunakan oleh para mujtahid dari kalangan para Sahabat seperti Abu Bakar,Umar,Uthman dan Ali. Manakala kata sepakat yang diperolehi oleh para Sahabat adalah ijmak.

3) Zaman Tabiin

ü Pembukuan asas-asas dan kaedah-kaedah ini dalam bentuk istilah-istilah mahupun undang-undang bertulis tidak berlaku kerana ia pada hakikatnya wujud dalam diri mereka tetapi dalam bentuk anugerah (jibillah) dan bakat (malakah).

ü Pada zaman tabi’in ini juga, cara ulama mengambil hukum tidak jauh bezanya dengan zaman sahabat. Persamaan ini disebabkan jarak masa mereka kewafatan Rasulullah tidak terlalu jauh. Cuma jika sesuatu hukum itu tidak terdapat dalam al-Quran, al-Sunnah dan ijmak, mereka akan merujuk pada pandangan Sahabat sebelum mereka berijtihad. Oleh sebab itu idea untuk menyusun ilmu usul fiqh belum muncul ketika itu. Inilah cara yang dilakukan oleh Syuraih dan Ibrahim bin Najai’

4) Zaman Kemunculan Ilmu Usul Fiqh

Timbul banyak masalah baru yang tiada ketentuan hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah secara jelas.

Para ulama mula menyusun kaedah kaedah tertentu yang dinamakan ilmu usul fiqh untuk dijadikan landasan kepada ijtihad mereka. Ini berlaku pada akhir kurun kedua hijrah.

Bilangan umat Islam yang bertambah ramai juga menyebabkan pencampuran antara orang Arab dan orang bukan Arab. Kesannya, penguasaan bahasa Arab di kalangan orang-orang itu sendiri menjadi lemah

Pada kurun ke-2 Hijrah iaitu dengan inisiatif dan penyusunan serta penulisan ilmu Usul Fiqh yang dipelopori oleh Muhammad bin Idris al-Syafie’. Beliau telah menyusun kitab yang bernama al-Risalah. Dalam kitab Usul Fiqh yang disusun oleh beliau tersebut, beliau memasuk dan memuatkan ayat-ayat al-Quran dan keterangan hukum, nas nasikh dan mansukh, al-Sunnah dan kedudukannya, berhujah dengan hadis Ahad, ijtihad, ijmak ulamak dan juga al-qiyas.

Imam Syafie’ diiktiraf sebagai pengasas ilmu usul fiqh Selepas ilmu asas dan pembukuan pertama yang di buat oleh Syafie’ itu, ulama lain terus muncul dan mengembangkan serta mengemaskinikan lagi perkembangan ilmu Usul Fiqh dengan lebih luas dan teratur.

Semua ulama membahaskan topik yang sama, iaitu hukum, istinbat dan dalil, namun cara penyusunan kitab mereka sahaja yang berbeza.

PERKEMBANGAN USUL FIQH SELEPAS AS-SYAFII

1. Terdapat pelbagai aliran yang timbul selepas pembukuan ilmu usul fiqh yang dilakukan oleh imam Syafii

2. Ada ulama yang menerima sebahagian besar kaedah usul fiqh yang ditulis oleh Imam Syafii (Ar-Risalah). Terdapat sebahagian ulama yang berbeza pendapat terhadap kitab ar-Risalah dan meninggalkan kaedah tertentu di samping menambah dengan kaedah lain.

3. Sebahagian ulama yang membuat ulasan dan penjelasan terperinci terhadap kaedah usul fiqh yang masih berbentuk umum

4. Sebahagian ulama mazhab Hanafi mengambil dan menggunakan kaedah imam Syafii disamping menolak kaedah yang tidak dipersetujui dan menambah kaedah lain seperti istihsan dan uruf.

5. Ulama mazhab maliki pula menerima kaedah usul fiqh imam Syafii disamping menambah dalil atau kaedah Ijmak Ahli Madinah, al-Istihsan, al-Masalih Mursalah dan Sad Zara’i.

6. Kesimpulannya ulama selepas zaman imam Syafii menggunakan mana-mana bahagian yang sesuai dengan mereka dan menolak serta menambah kaedah yang diperlukan.

ALIRAN PENULISAN ILMU USUL FIQH

Aliran Mutakalli

Ulama dikenali ulama usul al-Syafiiyyah dan ulama usul mutakallimin

- Perbahasan mereka untuk merealisasikan kaedah kaedah usul dan membersihkannya dari unsur fanatik dan ta’sub.

Golongan mutakallimin adalah daripada aliran imam Syafii dan aliran penulisan dikenali dengan kaedah Mutakallimin kerana kajian mereka berkaitan Usul Fiqh sama dengan kajian Ilmu Kalam yang dilaksanakan secara mendalam dan bebas dari taklid.

Membuat dasar kaedah berdasarkan nas atau menetapkan kaedah yang disokong oleh dalil. Mereka mengenepikan mana-mana kaedah yang tiada dalil tanpa mengambilkira samada kaedah yang mereka ambil dan tetapkan mempunyai keselarasan dan menyamai dengan masalah Fiqh yang diambil dari imam mereka atau tidak.

- Cth : Imam al-Amidi menerima kehujahan ijmak sukuti dalam karyanya al-ihkam fil usul fiqh sebaliknya imam Syafii tidak menerima.

Mereka mengemaskini kaedah yang dikukuhkan dengan dalil berdasarkan logik akal. Mereka menyusun mana-mana kaedah yang bersesuaian dengan dalil naqli dan aqli. Cara ini diikuti oleh majoriti ulama Syafii antaranya Abu Hamid al-Ghazzali.

- Kesimpulannya kaedah usul Fiqh Ulama mazhab syafii merupakan aliran berasaskan teori, bebas daripada permasalahan yang terdapat dalam pelbagai mazhab. Mereka tidak menetapkan kaedah-kaedah tersebut untuk mengukuhkan dan menyokong mazhab mereka dan tidak membatalkan amalan atau praktikal mazhab-mazhab lain.

Al-Mu’tamad. Karangan Abu Hasan Muhammad bin Ali al-Basri (413H)

Al-Burhan. Karangan Imam al-Haramain Abdul Malik bin Abdullah al-Juwaini(478H)

Al-Mustasfa.Karangan Imam Abu Hamid al-Ghazzali(505H)

Al-Mahsul. Karangan Imam Fakhruddin al-Razi(606H)

Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam. Karangan Imam Abu Hussain Ali Al-Amidi (631H)

Aliran Ahnaf

Metodologi ulama Mazhab Hanafi dipengaruhi oleh masalah-masalah pecahan (furu’).

Mereka membahaskan dan meneliti kaedah-kaedah usul fiqh untuk diqiyaskan dan ditetapkan terhadap masalah furu’mazhab mereka.

Kaedah usul Fiqh ulama mazhab Hanafi berasaskan praktikal yang bertujuan untuk menghukum hasil-hasil ijtihad untuk masalah furu’ dan hujah-hujahnya.

Contohnya : ulama Mazhab Hanafi menyatakan lafaz Am menunjukkan hukum secara pasti atau qat’I oleh itu hadis Ahad yang bersifat zanni tidak boleh mentakhsiskan lafaz Am.

Kaedah usul Fiqh mazhab Hanafi lebih bercorak menyokong dan mempertahankan mazhab mereka namun ia mempunyai metodologi ijtihad yang tersendiri.

Dasar atau asas yang digunakan berdasarkan masalah fiqh yang diriwayatkan oleh Imam Abu Hanifah.

Contoh : lafaz Am menurut Imam Abu Hanifah menunjukkan dalil yang pasti.

Kaedah usul Fiqh Mazhab Hanafi diterapkan terhadap masalah-masalah furu’

Mengkaji kaedah Usul Fiqh mazhab Hanafi akan menghasilkan perbahasan terhadap perbandingan masalah Fiqh dan mendalami masalah Furu’.

Kitab yang dihasilkan

Kitab Al-Usul.Karangan Abu Hasan al-Karkhi(340H)

Kitab al-Usul.karangan Abu Bakar Ahmad bin Ali al-Jashshash(370H)

Kitab Tamhid al-Fusul fi al-Usul.karangan Syam al-Aimmah al-Sarkashi(483H).

Kitab al-Manar. Karangan Abdullah Ahmad al-Nasafi(790H)

BAB 3:

SUMBER HUKUM SYARIAH

SUMBER UTAMA

AL- QURAN

AL- SUNNAH

AL- IJMAK

SUMBER TAMBAHAN

AL- ISTIHSAN

AL- ISTISHAB

AL- MASOLEH AL MURSALAH

1) AL-QURAN

- Alquran berasal dari kata قراء (Qara'a) ertinya membaca
- Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam bentuk

wahyu, melalui perantaraan Jibril dalam bahasa Arab, sebagai mukjizat yang diriwayatkan secara mutawatir.
- Bermula dengan Al-Fatihah dan di akhiri dengan An-Nas.

Cara Al – Quran menunjukkan hukum :
i) Dilalah Qat’i
- Ia merupakan petunjuk terhadap satu makna yang tidak ada kemungkinan pengertian lain lagi.
- Terang dan jelas.

Contoh :
· pencuri lelaki dan wanita hendaklah dipotong tangannya.
· Hukum 80 sebatan terhadap kesalahan Qazaf.

i) Dilalah Zanni

- Ia merupakan nas yang mana ada ruang kemungkinan lebih daripada satu makna, ijtihad dan tarjih terhadap satu makna dengan makna yang lain.

- Contoh :

· Lafaz قروء berkaitan iddah wanita dicerai suami.

· Lafaz sapu kepala semasa wudhuk.

Penjelasan Al – Quran Tentang Hukum :

Ø Penjelasan yang bersifat sempurna oleh itu as-Sunnah hanya berperanan sebagai penyokong dan menetapkan makna.

Cth : Tuduhan Zina dan Qazaf

Ø Nas Al-Quran bersifat mujmal lantaran itu as-Sunnah berperanan menjelaskannya.

Cth : Suruhan mendirikan sembahyang.

Ø Al-Quran hanya menjelaskan asas dan dasar berkaitan dengan hukum, samada melalui isyarat atau ungkapan langsung. Dimana hukum tersebut dijelaskan secara terperinci melalui as-Sunnah.

Cth : Hukuman terhadap hamba.

Ungkapan AL – Quran yang menjelaskan hukum :

1. Lafaz Suruhan

Ø Lafaz dan ungkapan berbentuk perintah (al-amar)

Ø Cth :….lakukanlah solat dan tunaikanlah zakat… ( An Nisa : 77 )

2. Lafaz Tegahan

Ø Lafaz larangan (nahi)

Ø Contoh : “Diharamkan bagimu memakan bangkai, darah, daging babi, dan daging haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah….” (Al ma’idah: 3)

1. Lafaz Menunjukkan wajib atau sunat

Ø Al-Quran menyebut perbuatan yang mendapat pujian atau disukai atau mendapat pahala bagi yang melakukannya.

Ø a) Menceritakan sesuatu perbuatan itu adalah baik dan membawa kebaikan.

- Contoh : “…dan berbuat baiklah kepada ibu bapa dan kaum kerabat serta anak-anak yatim dan orang-orang miskin…” (Al Baqarah: 83)

b) Lafaz menetapkan sesuatu perbuatan itu termaktub dan diwajibkan.

- Contoh : “…wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu,mudah-mudahan kamu bertaqwa…” (Al-Baqarah:183)

4. Lafaz Haram atau Kebencian

Ø Lafaz yang mana wajib meninggalkan serta menjauhinya. Iaitu dengan menyebut akan mendapat celaan dan azab siksa bagi yang melakukannya.

Ø a) Perbuatan yang disertai janji yang tidak baik

- Contoh : “dan sesiapa yang membunuh orang beriman dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam…” (An Nisa: 93)

Ø b) Ungkapan dengan menyatakan larangan bahawa tidak mendapat kebajikan terhadap sesuatu perbuatan atau menceritakan perbuatan yangburuk.

- Contoh : “ Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya…”(Al-Luqman :14)

5. Lafaz yang menunjukkan harus

Ø Lafaz dengan membawa lafaz al-Halal, keizinan

Ø a) Lafaz menunjukkan harus dan mengingkarkan mereka yang mengharamkan.

- Contoh : Harus makan babi dalam keadaan darurat.

“ …tetapi barang siapa terpaksa kerana lapar bukan kerana ingin berbuat dosa, maka sungguh, Allah Maha Pengampun ,Maha Penyayang…” (Al Maidah: 3)

Ø b) Lafaz yang menunjukkan pilihan membolehkan dan lafaz al-Halal.

- Contoh : “….makan dan minumlah dari rezeki yang diberikan Allah…”

(Al Baqarah: 60)

Hukum yang Dibawa oleh AL – Quran

PENERANGAN TENTANG KANDUNGAN AYAT AL – QURAN

1. Ayat Muhkamat

§ Ayat yang terang, jelas,tegas, mudah difahami dalam Al-Quran.

§ Hukum tentang ayat muhkamat adalah wajib beramal dengannya menurut kepada maksudnya.

2. Ayat Mutasyabihat

§ Mempunyai beberapa pengertian dan tidak dapat diketahui maksudnya melainkan dengan melakukan penyelidikan secara mendalam.

§ Hanya Allah yang mengetahui.

KEISTIMEWAAN PERUNDANGAN AL – QURAN

v Tidak menyusahkan

v Mengurangkan beban taklif

v Beransur-ansur dalam penetapan hukum.

1) AS - SUNNAH

Pengertian :

i) Bahasa : Baru dan jalan yang dilalui samada baik atau buruk

ii) Istilah : Apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW dari sudut perkatan, perbuatan, sifat, tingkah laku, perjalanan hidup dan pengakuan samada sebelum dibangkitkan menjadi rasul atau sebelum.

PERBAHASAN HADIS

1) Hadis Riwayah

Pengetahuan tentang perkara yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW secara khusus samada sudut perkataan, perbuatan, tingkahlaku, pengakuan baginda.

2) Hadis Dirayah :

Ilmu yang membahaskan berkaitan matan dan sanad hadis.

BAHAGIAN AS-SUNNAH SUDUT MATAN :

1) As – Sunnah Al-Qawliyyah :-

- Sunnah berbentuk ucapan yang merupakan segala perintah tegahan serta penerangan baginda.

2) As – Sunnah Al-Fi’liyyah :

- Sunnah berbentuk perbuatan yang bersumberkan daripada amalan dan pergerakan anggota badan baginda atau perbuatan dan tingkahlaku baginda yang menegakkan hukum.

- Cth: berwuduk, solat dan haji.

1) As – Sunnah Al – Taqriyyah

- Nabi Muhammad SAW tidak menegah atau mengingkari perkara tersebut.

(tacit approval)

2) As – Sunnah Al – Hamiyyah

- Cita-cita nabi untuk mengerjakan sesuatu tetapi belum sempat baginda menunaikannya, baginda wafat.

BAHAGIAN AS-SUNNAH SUDUT SANAD :

As-Sunnah yang ditinjau dari sudut perawinya iaitu :

1) Sifat Perawi

Pembahagian as-Sunnah menurut sifat perawi terbahagi kepada 3:

Hadis Sahih

Hadis Hasan

Hadis Ahad

1) Maqbul dan Mardud :

- Maqbul : Hadis yang diterima iaitu Hadis Sahih dan Hassan

- Mardud : Hadis yang ditolak iaitu Hadis Ahad

2) Hadis mursal

- Hadis yang gugur sanad sahabat atau tidak disebutkan nama seorang perawi sahabat

- Hadis yang gugur sanad sahabat atau tidak disebutkan nama seorang perawi sahabat

- Kehujahan hadis mursal :

i. Imam Abu Hanifah dan Imam Malik menerima hadis mursal secara mutlak

ii. Imam Ahmad tidak beramal dengan hadis mursal melainkan tiada hadis selainnya.

iii. Imam Syafi’I tidak beramal dengan hadis mursal melainkan apabila tabi’in yang meriwayatkan hadis tersebut masyhur dan banyak bertemu dengan kalangan sahabat.

1) Bilangan Perawi :

- As-Sunnah dari sudut bilangan perawi terbahagi kepada 2 iaitu :

1) Sunnah Mutawatir :

- Hadis yang diriwayatkan oleh sebilangan perawi yang mana melihat kepada jumlah tersebut tidak mungkin mereka berdusta dalam meriwayatkannya

- Kedudukan Sunnah Mutawatir Jumhur ulamak bertaraf Qat’i dan wajib beramal dengannya.

2) Sunnah Ahad :

- Hadis yang terbatas jalan riwayatnya dan tidak sampai ke peringkat hadis Mutawatir atau bilangan perawi hadis ahad tidak sampai ke bilangan hadis Mutawatir.

3) IJMA’

Pengertian

· Bahasa : dalam Bahasa Arab, Ajma’a mempunyai dua maksud iaitu untuk berupaya (tekad) terhadap sesuatu dan persetujuan ke atas sesuatu masalah.

· Istilah : Kesepakatan semua ahli mujtahid dari kaum muslimin dalam satu masa setelah kewafatan Rasulullah SAW ke atas hukum Syariah.

JENIS IJMA’

i) Ijma’ Sorih (Explicit Ijma’)

· Semua Mujtahid berkumpul dalam satu sesi apabila isu dibentangkan. Para mujtahid bersepakat terhadap persetujuan yang dibuat.

· Para ulama’ mengeluarkan pendapatnya dengan lisan ataupun tulisan yang menerangkan persetujuan atas pendapat mujtahid lain di masanya.

ii) Ijma’ Sukuti (Tacit Ijma’)

· Para mujtahid diam,tidak menyatakan pendapatnya.

Syarat Mujtahid

Berpengetahuan dalam bahasa Arab

Mempunyai pengetahuan mengenai Al Quran

Mempunyai pengetahuan tentang Sunnah

Mempunyai pengetahuan tentang masalah Ijma’ sebelumnya.

Mempunyai pengetahuan tentang usul fiqh dan maqasid al-syariah

Mempunyai kecenderungan dalam ijtihad.

4) QIYAS

PENGERTIAN :Bahasa

© Membandingkan satu perkara dengan perkara yang lain melalui panjang, berat dan kualiti sesuatu masalah.

© Perbandingan dibuat secara fizikal ataupun rational.

Perbandingan untuk mencari persamaan antara dua masalah

Istilah

© Menyamakan sesuatu yang tidak ada nash hukumnya dengan sesuatu yang ada hukumnya kerana adanya persamaan illah hukumnya.

Elemen Qiyas

(Asl) Kes asal

hukumnya telah dinyatakan dalam Al - Quran

(far)Kes baru

hukum yang dikehendaki

(illah) Kesan

penyebab kepada penetapan hukum

(hukm) Hukum

Hukum yang dinyatakan dalam sumber hukum

PENERANGAN MENGENAI SUMBER TAMBAHAN :

1) AL -ISTIHSAN

Pengertian

Bahasa : Menganggap sesuatu itu baik.

Istilah : Setiap yang baik dari umat manusia adalah baik di sisi Allah.

Maksudnya ; Apa yang dinilai oleh orang-orang Islam itu baik, maka ia adalah baik di sisi Allah. Dan apa yang dinilai oleh orang-orang Islam itu buruk, maka ia adalah buruk di sisi Allah.

Riwayat al-Bukhari

PEMBAHAGIAN ISTIHSAN

1) Al-Istihsan dengan nas

2) Al-Istihsan dengan ijmak

3) Al-Istihsan dengan uruf

4) Al-Istihsan berdasarkan darurat

5) Al-Istihsan dengan maslahah

6) 1. Al-Istihsan dengan qias khafiyy

PENERANGAN BAGI SETIAP PEMBAHAGIAN TELAH DISEDIAKAN UNTUK BACAAN TELITI DAN MUDAH DIFAHAMI DAN SETIAP PENERANGAN IKUT TURUTAN SEPERTI JADUAL ATAS :

1) AL ISTIHSAN DENGAN NAS

© Al-istihsan ialah suatu nas khusus daripada Allah SWT tentang sesuatu perkara.

© Hukum asal perkara tersebut adalah ditegah dan tidak dibenarkan oleh syara’ tetapi diharuskan kerana terdapat nas daripada Allah SWT dan ia menjadi kaedah umum.

© Contoh : syarak menegah melakukan akad atau jual beli terhadap barangan yang tidak ada sewaktu akad.berdasarkan sabda Nabi SAW :

لاتبع ما ليس عندك

“jangan kamu jual apa yang tiada disisi kamu”

© namun hal ini diberi pengecualian dengan dalil khas :

من اسلف فى تمر فليسلف فى كيل معلوم ووزن معلوم الى اجل معلوم

2) Al-Istihsan dengan ijmak :

© Al-istihsan yang meninggalkan penggunaan dalil al - qiyas kerana terdapat ijmak ulama yang menetapkan hukum berbeza daripada tuntutan al-qiyas.

© Contoh : sah akad pesanan walaupun barang tiada sewaktu akad, kerana menjadi amalan masyarakat zaman-berzaman.

3) Al-Istihsan berdasarkan uruf :

© Istihsan berdasarkan ‘urf berlaku pada masalah yang menjadi amalan dan kebiasaan masyarakat dan ia bertentangan dengan kaedah umum.

© Contoh : menurut fiqh mazhab Hanafi, antara prinsip umum harta wakaf hendaklah berkekalan dalam tempoh yang panjang

© Berdasarkan prinsip ini, maka tidak harus mewakafkan harta alih kerana ia cepat rosak. Sebaliknya, Imam Muhammad bin Hassan daripada mazhab Hanafi mengharuskan wakaf harta alih kerana ia menjadi kebiasaan atau adat masyarakat mewakafkannya seperti buku-buku. Oleh itu ia dibolehkan atas dasar istihsan yang menyalahi prinsip umum dan pegangan Imam Abu Hanifah sendiri.

4) Al-Istihsan dengan darurat :

© Iaitu berpindah daripada hukum asal yang telah ditetapkan pada sesuatu masalah kerana terdapat darurat yang mengkehendakinya berpindah daripada hukum asal tersebut.

© contoh : puasa seseorang tidak terbatal jika seseorang itu menelan sesuatu yang sangat sukar untuk dihindari seperti tertelan debu dan asap

5) Al-Istihsan dengan maslahah :

© Al-istihsan dengan maslahah ialah beralih daripada satu hukum pada satu-satu masalah yang telah menjadi kaedah umum kepada hukum yang lain kerana maslahah yang tertentu.

© Contohnya : kerosakan yang dilakukan oleh pekerja perlu diganti. Mengikut kaedah umum, pekerja adalah amanah, maka dengan itu penggantian itu atas konsep menjaga kemaslahatan manusia.

6) Al-Istihsan dengan qias Khafiyy :

© Istihsan ini ialah berpindah daripada pengambilan al- qiyas jaliyy kepada qiyas khafiyy ataupun berpindah daripada sesuatu hukum yang asal kepada hukum yang lain ekoran terdapat dalil yang membolehkan para mujtahid bertindak sedemikian demi menjaga kemaslahatan umum.

© contoh : air sisa minuman burung buas (helang) tidak najis kerana burung buas minum dengan paruh dan tidak bercampur air liurnya dengan air.

2) AL-ISTISHAB

PENGERTIAN DARI SEGI BAHASA :

Bersahabat, bersama, tuntut persahabatan atau sentiasa seiring.

DARI SEGI ISTILAH :

ª Sesuatu keputusan yang dibuat oleh ulama mujtahid dalam sesuatu perkara yang telah dikaji daripada al-Quran dan al-Sunnah setelah mereka tidak menemui sesuatu dalil pun yang boleh mengubah hukumnya. Dalam keadaan tersebut,ulama mengekalkan sesuatu hukum itu dengan berasaskan hukum yang telah sedia ada kerana tiada sebarang dalil pun yang dapat mengubah hukum tersebut.

PEMBAHAGIAN ISTISHAB

1) Istishab hukum asal sesuatu itu harus

2) Istishab umum

3) Istishab dalil akal dan syarak

4) Istishab al-Bara’ah asliyyah

Istishab ijmak tempat ada perselisihan

1) Istishab hukum asal sesuatu adalah harus :

· Al-Istishab bahagian ini membawa maksud pada asalnya sesuatu itu adalah harus ketika tiada dalil yang menyalahinya apabila perkara itu memberi manfaat dan haram apabila sesuatu perkara itu mendatangkan kemudaratan.

· “…Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada dibumi… (al-Baqarah ayat 29)

· Firman Allah Taala pada surah al-Jathiyah ayat 13 maksudnya :

· “…Dan ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadanya; Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti…”

4) Istishab al-Bara’ah Asliyyah

Al-Istishab bahagian ini membawa maksud berterusan ataupun berkekalan

contoh : kanak-kanak bebas daripada tanggungjawab syarak sehingga ada dalil menunjukkan taklif.Iaitu kanak- kanak bebas daripada taklif sehingga ia baligh..

· menetapkan hukum yang sememangnya tidak ada pada asal.

contoh : tidak wajib sembahyang yang keenam

KEHUJAHAN AL-ISTISHAB

Mazhab pertama:
Pendapat majoriti ulama Mazhab Maliki, Syafi’e, Hanbali dan sebahagian kecil ulama Hanafi. Mereka mengatakan al-istishab sebagai hujah, sama ada pada nafi atau isbat.

Mazhab kedua:
Pendapat segelintir ulama Hanafi yang terkemudian. Ulama ini berpendapat al-istishab hanya sebagai hujah pada nafi sahaja tetapi tidak pada isbat. Contohnya, dihukum lepas daripada taklif sehingga ada dalil yang menunjukkan ditaklifkan.

Mazhab ketiga
Pendapat majoriti ulama Hanafi dan sebahagian daripada ulama al-kalam. Mereka berpendapat al-istishab tidak dianggap sebagai hujah sama sekali.

MASALEH AL-MURSALAH

Pengenalan

- Tabiat yang ada pada setiap manusia ialah menghindarkan sesuatu yang baik dalam kehidupan mereka

- Syariat Islam dibina dengan asas untuk membawa kebaikkan dan menolak keburukkan

- Syariat Islam sebagai suatu perundangan yang bersifat Rabbaniyyah dari segi sumber dan matlamatnya, kekal sehingga akhir dunia ini.

- Peranannya adalah menyeluruh, sempurna, memenuhi semua keperluan, tuntutan hidup individu dan masyarakat dengan cara menjadikan hidup mereka di dunia ini lebih bernilai dan menjamin kehidupan Akhirat yang bahagia

Pengertian

Ahli bahasa : Perkataan “maslahah” adalah bentuk mufrad dari kata jama’ al masolih berdasarkan wazan al mafalah yang menunjukkan sesuatu yang banyak kebaikkan.

Kamus Almunjid : al maslahah sebagai sesuatu yang menghasilkan kebaikkan iaitu perbuatan yan diperjuangkan manusia bagi menghasilkan kebaikkan bagi dirinya dan masyarakat oleh itu maslahah menyentuh secara langsung kebaikan dan kepentingan sesuatu perkara.

JENIS MASLAHAH

1. Maslahah Muktabarah

( yang diterima)

2. Maslahah Mulghah (yang dibatalkan)

3. Maslahah Mursalah (yang dilepaskan)

1. Maslahah Muktabarah ( yang diterima)

Maslahah yang disabit dengan syarak sama ada dengan nas yang jelas, ijma’ atau qias.

“..laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah maha perkasa lagi maha bijaksana.

(Al-Maidah : 38)

2) Maslahah Mulghah (yang dibatalkan)

sesuatu maslahah yang tidak dibuktikan melalui nas syarak (bertentangan dengan syarak).

Contohnya : menyamakan pembahagian harta pusaka sama ada lelaki atau perempuan kerana memenuhi deklarasi persamaan jantina dalam hak asasi manusia.

Ini adalah kebaikkan pada pandangan manusia tetap berlawanan dengan nas syarakPerdagangan arak dan pelacuran .Walaupun boleh membantu seseorang mendapat pendapatan dan kerajaan mengutip cukai daripadanya tetapi ia bertentangan dengan nas syarak

3) Maslahah Mursalah (yang dilepaskan)

Menurut Al Ghazali, Maslahah Mursalah adalah sesuatu maslahah yang tidak berlawanan dengan nas syarak

Contoh maslahah Mursalah pada zaman sahabat : Pemilihan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah selepas kewafatan Rasulullah adalah qias kepada pesanan Rasulullah supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat.

Contoh maslahah al mursalah hari ini : Ialah urusan pernikahan melalui proses permohonan dan pendaftaran. Pernikahan yang berdasarkan undang-undang sahaja yang diterima untuk didaftarkan. Peraturan ini bertujuan untuk memastikan pernikahan dilaksanakan megikut hukum syarak. Hak suami dan isteri dapat dijamin oleh undang-undang.

CIRI-CIRI MASLAHAH

-Bercirikan agama Islam

- Tidak bercanggah dengan nas syarak sama ada dari Al-Quran, Sunnah, Ijma’ yang diyakini dan Qiyas yang sahih.

- Maslahah yang berdasarkan pengalaman, adat atau kemahiran hendalkah tidak berlawanan dengan syarak.

- Nilai-nilai maslahah diambil dari nas syarak bukannya dari nilai kehendak semata-mata.

BAHAGIAN MASLAHAH :

Para Ulama telah membahagikan kemaslahatan ini berdasarkan kepada peranannya untuk keteguhan umat kepada 3 :

1. Daruriyyah (keperluan asas/utama)

- sesuatu yang dikira wajib, utama dan asas dalam kehidupan manusia ketiadaannya akan mewujudkan kucar-kacir, huru-hara dan kerosakkan

- Perkara Utama yang menjadi tujuan syariah Islam menjaganya :

i. Ad-Din - menjaga agama

ii. Al-Nafs – menjaga nyawa

iii. Al-Nasl – menjaga keturunan

iv. Al-Aql – menjaga akal

v. Al-Mal – menjaga harta

2. Hajiyyah (keperluan biasa)

ª Keperluan manusia menyelesaikan masalah hidup seharian

ª Tanpanya akan menyukarkan dan menyempitkan kehidupan tetapi tidaklah sampai memusnahkan kehidupan.

ª Hajiyyah bererti perkara-perkara yang diperlukan secara umum untuk menyenangkan dan mengelakkan tekanan yang selalunya akan membawa kepada kesusahan dan kekecewaan kerana tidak berjaya mencapai sesuatu yang dihajati.

ª Keperluan ini menyokong keperluan utama.

ª Contohnya kemudahan rukhsah bagi orang yang sakit

3. Tahsiniyyah (keperluan tambahan)

ª Sesuatu yang menjadikan taraf kehidupan mempunyai nilai akhlak dan berpekerti mulia

ª Jika tiada perkara tahsiniyyah, kehidupan boleh diteruskan tetapi nilai kehidupan berada pada tahap yang rendah

ª Contohnya bersedekah dengan ikhlas, perbuatan yang beretika dan baik.

To be informed of the latest articles, subscribe:
Top