Overblog
Edit page Follow this blog Administration + Create my blog

Tarikh Tasyri'

TARIKH TASYRI’/ SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM.

BAB 1 PENGENALAN


PENGERTIAN SYARIAH ISLAM.

-Syariah dalam Bahasa Arab

  • bererti aliran ( المذهب ) dan
  • jalan yan lurus (طريقة المستقيمة )

- Syari’ah pada Istilah

Hukum-hukum yang disyaria’tkan oleh Allah untuk hamba-Nya ,sama ada yang berkaitan dengan akidah, ibadat, akhlak, mua’malat dan sistem kehidupan dalam pelbagai aspek demi untuk kebahagian mereka di dunia dan akhirat.

PENGERTIAN ISLAM

- Islam memberi erti mematuhi dan ketundukan atau kesetiaan kepada Allah pencipta alam .

Ciri-ciri keistimewaan.

· Rabbaniyah

· Balasan dunia dan akhirat

· Alamiayah dan umuniayah

· Kekal

· Syumul

1. RUBUBIYYAH

- Syari’at Islamiyyah ialah ciptaan Allah yang mencipta alam melalui wahyu,bukan rekaan manusia.

- Perundangan (Syari’at) Islam berciri

· Hukum-hakamnya sepurna

· Tiada kezaliman,dan kelemahan .

· Mempunyai kehebatan dan kehormatan dipatuhi oleh orang mukmin dengan rela hati .

2. BALASAN DUNIAWI DAN UKHRAWI

BALASAN DUNIAWi

- Balasan Duniawi bermatlamat kestabilan di dunia seperti hukum jinayah dan ada yang dikatakan hukum sivil contohnya hutang piutang .

- Allah memberi kuasa kepada pihak berkuasa mengenakan balasan di dunia ke atas pesalah syariah

- Balasannya ada yang berbentuk:

· Keseksaan ke atas tubuh seperti hudud.

· Balasan yang bentuk ganti rugi (diyat).

· Balasan yang berbentuk denda(takzir)

· Ada yang membatalkan kontrak (perceraian)

FIRMAN ALLAH SURAH AN-NISAA’

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الفَوْزُ العَظِيمُ (13)

وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَاراً خَالِداً فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُّهِينٌ (14)


- Itulah hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah,dan siapa yang taat kepada Allah dan Rasul Nya akan dimasukkan ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan itulah kejayaan yang amat besar

- Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya dan melampaui batas- batas syariah-Nya akan dimasukkan ke dalam neraka, berkekalan dia di dalamnya dan baginya azab seksa yang amat menghinakan .

إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الأَرْضِ فَسَاداً أَن يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم مِّنْ خِلافٍ أَوْ يُنفَوْا مِنَ الأَرْضِ ذَلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا وَلَهُمْ فِي الآخِرَةِ عَذَاب.

- Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul- Nya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik

- atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka di dunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar, (33 al Maidah)


[414]. (Maksudnya ialah: memotong tangan kanan dan kaki kiri; dan kalau melakukan lagi maka dipotong tangan kiri dan kaki kanan. )

BALASAN UKHRAWI

Balasan ukhrawi dikenakan ke atas mereka yang melanggar syariat Islamiyah (undang-undang) selagi tidak bertaubat sama ada yang berbentuk amalan zahir atau amalan hati .

Kesan dari balasan duniawi dan ukhrawi

- menyebabkan orang beriman akan tunduk sepenuhnya kepada hukum syarak .

3. ALAMIYYAH DAN UMUMIYYAH

- Syariat Islam menjadi rahmat kepada seluruh alam dan menjadi petunjuk kepada seluruh manusia sepanjang zaman dan semua tempaat .

- وما ارسلناك الا رحمة للعالمين

Dan tidaklah kami utuskan engkau(wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada bagi sekalian alam .

4. KEKAL

- Syariatnya kekal sepanjang zaman tanpa dinasakhkan , tidak berubah dan merupakan syariat terakhir .

- Perundangannya dapat mencapai kepentingan manusia sepanjang zaman dan semua tempat .

5. SYUMUL (menyeluruh)

Contohnya;

- Menggariskan dasar akidah yang betul.

- Cara hubungan manusia dengan tuhan(ibadat)

- Cara membersihkan jiwa- melalui zikir

- Mengatur hubungan sesama manusia

- Hukum berkaitan dengan harta

- Kehakiman

- Hubungan antara negara .

BAB 2 AL FIQH AL ISLAMIC

Pengertian Fiqh

Pada bahasa à bermaksud “faham dan mengetahui akan sesuatu atau memahami tujuan dari percakapan seseorang”

Pada Istilah à Mengetahui atau memahami hukum-hukum syara’ yang berkaitan dengan perbuatan mukalaf seperti wajib,haram, sunat, makruh, harus,sah, batal,qadha dan ada’(tunai).

HUBUNGAN FIQH DAN SYARI’AT

– Syariat

merangkumi semua hukum Syara’ yang berkaitan dengan akidah, ibadat, akhlak dan muamalat. Syariat berdasarkan wahyu sahaja tidak ada pemikiran manusia .

- Fiqh

Berkaitan dengan amali atau hukum-hukum ibadat muamalat ,munakahat,jenayah berdasarkan quran ,hadis, ijmak dan qias.

Hukum syara’ amali yang berkaitan perbuatan mukallaf

1. Wajib iaitu diberikan pahala jika dilakukan dan berdosa jika ditinggalkan.

2. Mandub/mustahabb. (sunat) iaitu perbuatan yang diberi pahala jika dikerjakan dan tidak berdosa kerana meninggalkan .

3. Haram iaitu perbuatan yang diberi pahala jika meninggalkan dan berdosa kerana mengerjakan

4. Makruh iaitu perbuatan diberi pahala kerana meninggalkan dan tidak diseksa kerana mengerjakan .

5. Mubah(harus) perbuatan yang tidak diberi pahala kerana meninggalkan dan tidak diseksa kerana mengerjakan .

6. Sahih(sah) perbuatan dikira lulus kerana telah memenuhi syarat-syarat yang muktabar pada syara’ sama ada ibadat atau kontrak.

7. Batil (batal) iaitu berbuatan yang tidak dikira lulus kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang muktabar .

- Semua hukum amali di atas dinamakan hukum Fiqh.

- Orang yang mengetahui hukum tersebut dinamakan Faqih

HUKUM FIQH

– Hukum yang diterima terus dari quran dan sunnah umpama solat,puasa haji dll.

– Hukum yang diberi ruang untuk berikir dan ijtihad bagi kepentingan Islam,contohnya Umar mewujudkan penjara,menyusun jabatan dalam pentadbiran kerajaan.

Cara pembentukan hukum fiqh

– Hukum-hukum yang umum diketahui dengan mudah dari al-Quran dan Sunnah,tidak perlu kajian dan berijtihad .Contohnya wajibnya solat, zakat,haram berzina.

– Hukum yang diberi ruang untuk pemikiran dan ijtihad .Hukum jenis ini tidak dianggap sebagai syariat Islamiah ,ia boleh menyalahi jika terdapat dalil yang lebih kuat.Walaubagaimana pun pendapat fuqaha wajib di hormati dan dipatuhi oleh orang muslim

Ciri-ciri keistimewaan fiqh Islami

1. Ia mempunyai sifat keagamaan yang mesti dihormati dan tidak boleh menyalahi.

2. Dalam Fiqh terdapat balasan duniawi dan ukhrawi .

3. Mempunyai sifat syumul iaitu membicarakan hubungan hamba dengan Allah (ibadathubungan sesama manusia (muamalat).

4. Bersifat fleksibel yang memenuhi keperluan manusia .

5. Sumbernya diperakui syara’ mengikut kaedah Al-Maslih al Mursalah

BAB 3 SEJARAH PEMBINAAN HUKUM ISLAM

1. Zaman nabi s.w.a.

2. Masa khulafa ar Rasyidin

3. Selepas khulafa ar Rasyidin hingga kurun ke dua Hijrah

4. Dari awal kurun ke dua hingga kurun ke empat.

5. Dari awal kurun ke empat hingga 656H.

6 Dari kejatuhan baghdad hingga sekarang.

SEJARAH PEMBINAAN HUKUM SYARAK ZAMAN RASULULLUAH S.A.W.

1. Fiqh (hukum) di zaman ini merupakan zaman WAHYU

2. Hukum diturunkan ke atas Nabi dalam bentuk lafaz dan makna atau sunnah Nabi bertanggungjawab menyampaikan kepada umat nya .

3. Ijtihad Nabi juga merujuk kepada wahyu .

4. Hukum zaman ini terbahagi kepada sebelum dan selepas hijrah.

PEMBINAAN HUKUM DI MEKAH (SEBELUM HIJRAH)

1. Wahyu hanya tertumpu kepada aspek akhlak dan aqidah sahaja kerana waktu ini memerlukan membetulkan akidah dan akhlak .

2. Wahyu mengajar manusia berfikir tentang kejadian alam

3. Ayat-ayat mengenai akhlak menuntut manusia supaya berakhlak baik dan tinggalkan yang buruk .

4. Hukum amali hanya dalam bentuk umum sahaja kerana bilangan umat islam sedikit dan kehidupan mereka terbatas .

PEMBINAAN HUKUM DI MADINAH (SELEPAS HIJRAH)

1. Bermula dari tarikh ini lahirlah keperluan kepada perundangan dan hukum amali untuk urusan masyarakat islam.

2. Hukum /perundangan seperti solat , jihad, sistem kekeluargaan/perkahwinan, hak suami, hak isteri, percerian, penjagaan anak,harta pusaka dan sebagainya diperkenalkan.

3. Hukum jenayah, keseksaan , mua’amalat, hak kerajaan dan hak rakyat ,hubungan kenegaraan diperkenalkan

CARA PEMBINAAN HUKUM

PERTAMA:

a. Setelah berlakunya sesuatu peristiwa umat Islam bertanya kepada Nabi, maka Nabi menunggu wahyu yang menerangkan hukum tersebut.

Contohnya: Orang muslim bercita-cita hendak berkahwin dengan wanita musyrikin maka turun ayat menjelaskan larangannya.( jangan kamu berkahwin dgn Wanita musyrikin sehingga dia beriman )

b. Ada juga Nabi berijtihad seperti peristiwa tawanan Badar .

- مَا كَانَ لِنَبِيٍّ أَن يَكُونَ لَهُ أَسْرَى حَتَّى يُثْخِنَ فِي الأَرْضِ تُرِيدُونَ عَرَضَ الدُّنْيَا وَاللَّهُ يُرِيدُ الآخِرَةَ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (67)

- [الأنفال آية: (67)]

Tidak patut, bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiyah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untukmu). Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

KEDUA:

- Ada juga datangnya hukum tanpa persoalan,kerana hukum Islam untuk membentuk masyarakat yang unggul, contohnya kadar zakat yang diwajibkan

KEISTIMEWAAN HUKUM SYARAK


- Hukum syarak dibina atas asas memelihara kepentingan manusia, menghindar kemudaratan dan menolak kerosakan.

CIRI–CIRI KEISTIMEWAAN PEMBINAAN HUKUM

1. Tadarruj (beransur-ansur)dalam pembinaan hukum

· Tadarruj zamani

· Tadarruj dalam pembinaan berbagai hukum

· Tadarruj dgn menyebut hukum secara kulli (UMUM)

2. Mengangkat kesulitan –sakit, tersalah, lupa dianggap sebagai uzur syarei .

3. Hukum Nasakh (dibuang danganti dengan hukum baru)

Dalil Mengangkat kesulitan

– Dalilnya

- يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ اليُسْرَ وَلاَ يُرِيدُبِكُمُ العُسْرَ

Allah menghendaki kamu beroleh kemudakhan ,dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan . (Al Baqarah 185)

Contoh Nasakh

- Iaitu diangkat hukum yang dahulu dan diganti dengan hukum baru.

- Nasakh hanya berlaku di zaman Nabi sahaja.

- Contohnya

- وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجاً وَصِيَّةً لأَزْوَاجِهِم مَّتَاعاً إِلَى الحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍ فَإِنْ خَرَجْنَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِي مَا فَعَلْنَ فِي أَنفُسِهِنَّ مِن مَّعْرُوفٍ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (240)

(Al Bqarah 240)

Maksud ayat 240 al-Baqarah :

Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Hukum di atas dinasakhkan dan diganti dengan ayat ini

234. Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis 'iddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka[147] menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.

Ayat di atas diganti dengan ayat 234 al Baqarah

234. Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis 'iddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka[147] menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.

FASAL 2: SEJARAH PEMBINAAN PERUNDANGAN ISLAM ZAMAN KHULAFA’ RASYIDIN

· Para fuqaha’ dari kalangan sahabat apabila memerlukan hukum Syara’ mereka akan meneliti hukumnya dalam al-Quran,jika terdapat mereka beramal dengan hukum al-quran .

· Jika tiada mereka meneliti hadis,jika tiada mereka mengunakan ijtihad bagi memutuskan hukum yang berkaitan .

Ijtihad zaman Abu bakar &Umar

· Ijtihad zaman ini merupakan ijtihad jama’Iy(beramai-ramai) atau dalam bentuk syura(mesyuarat)

· Khalifah sentiasa menjemput para sahabat dan mengemukan permasalahan kepada sahabat dan diperbincangkan .

· Keputusannya dikira sebagai hukum yang disepakati .

Cara sahabat mengenal pasti hukum :

· Menghukum berpandukan al- Quran ,jika tiada

· Menghukum berpandukan hadis ,jika tiada

· Himpun fuqaha bagi mencari kata sepakat

· Ada kala Abu bakar, Umar berijtihad (mengunakan akal)(al ra’yu)

1. Umar menanggohkan hukum potong tangan pencuri

2. Umar tidak memberi zakat kepada muaallaf

Sebab berlaku berselisih pendapat dalam mengeluarkan hukum zaman sahabat

1. Tidak bersependapat ulama’ dalam memahami nas-nas al-Quran,

contohnya kalimah quru’ ( قروء ).Zaid bin Thabit memberi erti suci sedangkan Umar dan ibn Mas’ud memberi erti haid.

2. Disebabkan oleh sunnah,kerena ada diantara sunah yang mereka terima tidak dipercayai perawinya menyebabkan hadis itu ditalak sedangkan ada pihak lain yang menerima pakai hadis tersebut.

3. Perselisihan pendapat disebabkan ijtihad dalam masalah yang tidak terdapat nas-nas syarak bagi menentukan hukum-hukumnya.

FASAL KETIGA : PUNCA BERLAKU PERSELISIHAN FIQAHAT DI ZAMAN UMAIYYAH

1. Keluasan skop Fiqh dan berlaku perbezaan pendapat.

2. Tersebarnya periwayatan hadis dan sebab serta kesannya

3. Timbulnya madrasah Ahli hadis dan Madrasah Ahli Ra’yu


BERLAKU KELUASAN SKOP FIQH

· Fuqaha’ sahabat dan tabien bertebaran di merata negara Islam, mereka tidak tidak mempunyai persamaan pemahaman dalam mengeluarkan hukum .

· Sukar untuk Ijma’ hanya berlaku melalui ijtihad .

· Disebabkan perbezaan budaya.

· Mempengaruhi ijtihad mereka .

· Penduduk setiap negeri berpegang teguh dengan fatwa yang diterima dan sukar untuk mengubahnya.

TERSEBARNYA PERIWAYATAN HADIS

· Amalan riwayat hadis zaman sahabat amat sedikit .

· Setelah negara meluas, muncul persoalan yang memerlukan jawapan hukum berdasarkan sunnah.

· Sahabat mengeluarkan hukum berpandukan sunah .

· Para sahabat tidak sama kadar dalam penerimaan hadis.

· Tidak semua hadis didengar dari Nabi .

Fiqh (perundangan Islam di zaman Umaiyah (fasal ketiga)

· Ahli Fuqaha dizaman ini merujuk terus kepada al-Quran kemudian kepada sunnah ,jika tiada mereka berijtihad dengan fikiran sama ada qias berdasarkan ‘illah (sebab) hukum ditetapkan.Mereka meneliti kepada maslahah serta menolak mufsadah (kerusakan).

· Zaman ini mula timbul perselisihan pendapat Ulama’ dalam mengeluarkan hukum.

Sebab berlaku perbezaan pendapat dizaman Umaiyah

1. Fuqaha yang bertebaran di merata negara Islam menjadi rujukan memohon fatwa dan hukum syara’.

Namun demikian setiap Fuqaha’ tidak mempunyai persamaan disegi fIqh, penghafalan hadis-hadis dan kefahaman al-Quran dan sunnah ini menyebabkan timbul perselisihan pendapat dalam perkara yang diijihad atau difatwa.

2. Ijma’ secara syura tidak mungkin berlaku kerana sukar dihimpunkan para ulama fiqh yang amat sukar kerana masalah perhubungan. Di samping itu timbul pula puak khawarij, Syi’ah yang masing-masing mempunyai metode kefahaman yang berbeza dengan golongan lain .

3. Negara yang didiami para fuqaha mempunyai budaya ,sosial dan ekonomi yang berbeza, ini mempengaruhi ijtihad para fuqah. Kerana fuqaha akan mengambil kira suasana dan situasi setempat selagi tidak bercanggah dengan syara’ .

4. Penduduk setempat sangat terpengaruh dengan fuqaha masing-masing kerana mereka lebih kenal peribadi dan mndorong mereka berpegang teguh dengan fatwa yang diterima dari guru mereka.

Kesan berleluasa riwayat hadis :

– Hukum fiqh bertambah luas

– Banyak berlaku pemalsuan dan rekaan hadis .

– Menyebabkan timbul kesulitan Fuqaha’ kerana terpaksa membuat penapisan terhadap hadis palsu .

– Mereka membuat syarat yang ketat bagi menerima sesuatu hadis .

– Timbul satu ilmu baru bagi membongkar hal ehwal para perawi dengan mendalam

MADRASAH AHLI HADIS DAN AHLI RA’YI

- Para fuqaha terdiri dua golongan ;

A. Golongan takut menggunakan Ra’yi dalam mengeluarkan hukum hanya mengunakan nas, kebanyakkan mereka tinggal di Madinah

B. Golongan gemar mengunakan Ra’yi atau merujuk kepada ra’yi dalam mengeluarkan hukum, kebanyakkan mereka tinggal di Kufah .

C. Golongan yang menggunakan nas disamping berusaha memahami ‘ilat (sebab) kemudian mereka membina hukum.

Sebab kemunculan Ahli Hadis di Madinah dan Ahli Ra’yi di Kufah

1. Para Fuqaha’ itu sendiri terpengaruh dengan cara dan pendekatan guru mereka .

2. Banyak hadis dan Athar fiqhiyyah di Madinah tempat turunnya wahyu dan tempat kediaman sahabat, berbeza dengan Kufah, kerana itu perlu kepada ra’yi.

3. Banyak hadis palsu di Kufah menyebabkan Fuqaha’ terpaksa membuat penapisan hadis.

4. Kehidupan di Madinah tidak banyak masalah baru dan sesuai di zaman Nabi, sebaliknya di Kufah begitu unik,kerana terdapat pelbagai adat dan budaya,bermacam aliran pemikiran dari berbagai kaum yang memerlukan ra’yi dalam mengeluarkan hukum.

USAHA PEMBUKUAN

  • Peringkat ini berakhir dengan tidak ada satu pun fiqh dan sunnah yang dibukukan.
  • Umar Ab. Aziz mengarahkan gabenor di Madinah supaya hadis dibukukan, namun beliau meninggal sebelum sempat disempurnakan.

FASA KE-EMPAT : SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU FIQH (PERUNDANGAN ISLAM

· Perkembangan Ilmu Fiqh bermula dari awal kurun ke dua hingga pertengahan kurun ke empat Hijrah .

· Pada zaman ini ilmu fiqh berkembang dengan subur hingga mencapai kematangan yang sempurna dan menghasilkan kesan yang amat baik kepada manusia. Berjaya membekalkan perundangan yang lengkap bagi mengatur urusan hidup manusia .

· Pada zaman ini lahir tokoh-tokoh ulama yang agong dan mengasaskan mazhab (aliran masing) kebanyakannya mazhab kekal hingga ke hari ini .

· Setiap mazhab menghasilkan metodologi pemikiran masing-masing dengan mendalam berdasarkan al Quran dan al sunnah . Kitab-kitab fiqh telah ditulis dan disusun dengan teratur.

KEMUNCULAN MAZHAB-MAZHAB

- Di zaman itulah muncul mazhab-mazhab fiqh Islamik yang mempunyai pengikut yang ramai dan turut menyebarkan pendapat dan mazhabnya .Setiap mazhab mempunyai kitab masing-masing dan menyusun kaedah usul Fikqh. Contohnya;

- ImamSyafei masyhur dgn Kitab Al Risalah.

- ImamAhmad juga menyusun usul fiqh.

- Ramai Ulamak selepasnya turut sama menyusun kitab mengikut mazhab mereka. Hal inilah menyebabkan timbulnya perbezaan

SEBAB BERKEMBANGNYA ILMU FIQH

1. Khalifah mengambil perhatian sungguh-sungguh terhadap ilmu Fiqh dan Fuqaha’

contohnya:

- Khalifah Harun Al Rashid pernah meminta Abu Yusuf mencipta undang-undang harta yang akan menjadi panduan negara.

- Al Mansur mencadangkan Al Muwatta’ dijadikan sebagai undang-undang negara.

2. Keluasan negara Islam yang berbagai resam dan budaya, maka perlunya hukum selagi tidak bercanggah dengan nas .

3. Kemunculan Mujtahidin yang berkerja keras mengembangkan fiqh bagi menampung keperluan dimasa itu .

4. Pembukuan sunnah dan mengenal pasti yang sohih dan dhaif memudahkan ulamak fiqh menyempurnakan tugasnya .

SEBAB-SEBAB KECENDERUNGAN FUQAHA’ BERTAQLID

· Kuasa politik di akhir kerajaan Abbasiyah lemah telah mula bepecah kepada beberapa negara kecil .

· Fuqaha tidak lagi mendapat rangsangan menyebabkan mereka lesu,hanya memilih untuk mengikut sahaja ulamak silam .

· Dengan terbentuknya mazhab segala masalah telah tersusun rapi dan tidak perlu lagi mengkaji

· Fuqaha kurang percaya kepada kebolehanya dan terus terikat dengan pendapat mujtahidin sebelumnya.

BAB 4 SUMBER PERUNDANGAN ISLAM

Masadir Asliyah

· Al-Quran

· Al –Sunnah

Masadir Tab’iyyah

· Disepakati Jumhur Muslimain

· Berlaku berselisihan pendapat

Sumber perundangan yang (itifak) disepakati Ulamak

Ijma’ :

- Ijma’ Sorih

- Ijma’ Sukuti

Al-Qias: Iaitu menyamakan hukum bagi sesuatu masalah yang tidak terdapat nas di atas hukumnya dengan masalah yang terdapat nas hukumnya dan mempunyai ‘ilah yang sama .

Kecuali al nazam dari Mu’tzilah dan khawrij menolak Ijma’,Syia’h Ja’afariah dan Zahiriah menolak Qias

Sumber yang ulama berselisih pendapat.

1. Al Quran

· Al-Quran pada bahasa Arab :ialah kata terbitan القراءة.bererti membaca dan juga menghimpun dan kata umum القرءان

· Pada Istilah : iaitu kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ia merupakan mukjizat,

· Membacanya dikira sebagai ibadat,

· Dimulakan dengan surah Al Fatihah dan diakhiri dengan surah Al Nas .

KEISTIMEWAAN AL QURAN

1. Lafaz dan maknanya dari Allah

2. Diturunkan kepada kita secara mutawatir

3. Terjamin dari sebarang pindaan

4. Al Quran sebagai mukjizat yang tidak mampu ditandingi oleh manusia dan Jin walaupun mereka bekerjasama .

JENIS HUKUM AL QURAN

1. Hukum berkaitan dengan akidah

2. Hukum berkaitan dengan akhlak

3. Hukum berkaitan dengan amali:

· hukum ibadat: solat, zakat

· hukum muamalat seperti

Hukum kekeluargaan, undang-undang harta, sistem kehakiman, jenayah, pemerintahan, hubungan antara negara, dan ekonomi.

1. Kekeluargaan: untuk membina keluarga bahagia

contohnya : nikah, cerai, pusaka .

2. mua’malat maaliyah (undang-undang harta)

contohnya : perniagaan , gadaian, sewaan (undang-undang sivil)

3. Sistem kehakiman ,iaitu mengatur prosedur penghakiman bagi menegakkan keadilan .

contohnya : -keterangan, sumpah Qanun Murafaat)

4. Jenayah : untuk memelihara kehidupan, kehormatan makhluk .

5. Sistem berkaiatan dengan pemerintahan negara.

6. Mengatur negara islam dengan negara luar.

7. Hukum-hukum yang berkaitan dengan ekonomi.

CARA AL QURAN MENJELASKAN HUKUM

1. Bayan qulli.

· Dengan menyebut kaedah dan prinsip umum yang menjadi asas kepada pembinaan hukum .

· Contohnya firman Allah bermaksud;

Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan peperangan dan soal-soal kehidupan dunia. (al-Imran 159)

Sesungguhnya Allah memerintah supaya berlaku adil “(Al Nahli 90)

2. Bayan Ijmali

· Iaitu disebut beberapa hukum secara ringkas yang memerlukan penjelasan dan perincian .

· Contohnya firman Allah bermaksud;

Dirikanlah solah dan tunaikanlah zakat” (Al Baqarah 110) dijelaskan oleh sunnah cara solat dalam hadis “ Solatlah kamu seperti mana kamu lihat aku solat”

3. Bayan Tafsili

· Iaitu disebut hukum-hukum secara terperinci.

· Contohnya :

-Abuan ditetapkan kepada para waris dalam pembahagian pusaka

-Hukuman keseksaan terhadap penzina, penuduh zina, pencuri dan lain-lain .

Hubungan hukum dengan akidah

· Hukum-hkum dalam AL Quran berkait rapat dengan akidah.Iaitu kepercayaan kepada Allah dan Hari Akhirat sebagai tempat pembalaasan .

contohnya ;

· Hukum pesalah zina dikaitkan dengan beriman .

· Hukum riba juga dikaitkan dengan beriman .

2. SUMBER AL SUNNAH

Maksud sunnah

· Dari segi bahasa ialah: Al-Tariqah al- mu’taddah ,ertinya cara atau peraturan sesuatu amalan yang dilakukan berulang kali.

· Pada Istilah : sesuatu yang terbit dari baginda Nabi Muhamad s.a.w. selain dari al Quran, sama ada perkataan perbuatan ataupun perakuan .

BAHAGIAN SUNNAH

1. Sunnah Qawliyyah

اذا قام أحدكم من الليل فليفتتح صلاته بركعتين خفيفتين

· Apabila salah seorang kamu bangun solat malam ,maka hendaklah memulakan dengan dua rakaat yang ringan

2. Sunnah Fi’liyyah

صلوا كما رأيتموني اصلي

· Solatlah kamu sebagai mana kamu melihat aku solat

3. Sunnah Taqririyyah

· Iaitu sesuatu yang diperakui oleh Rasulullah s.a.w.

Pembahagian Sunnah menurut sanad (Perawi hadis)

  1. Sunnah Mutawatir

· Hadis yang sabit dengan sanad ini wajib menerima dan beramal dengannya dan kafirlah mereka yang menolaknya

2. Sunnah Masyhurah

· Hadis ini memberi pengetahuan meyakinkan menurut mazhab Hanafi

3. Sannah Ahad

· Hadis in memberi pengetahuan Zanni yang rajih dengan sandaran yang sah dan wajib beramal dengan nya.

Jenis hukum dalam sunnah

1. Hukum yang selaras dengan al- Quran dan mengukuhkan hukum al- quran.

Contoh- Haram makan harta orang lain dengan zalim (terdapat dalam hadis sama dengan quran)

2. Hukum yang menjelaskan hukum yang di sebut dalam Al quran .

Contoh- kadar membayar zakat

3. Hukum-hukum yang mengikat (muqayyidah) berdasarkan hukum Al quran yang mutlaq.

Contohnya ;

Al Quran menghukum potong tangan pencuri, hadis/ sunnah menentukan tempat yang harus dipotong, iaitu di pergelangan tangan .

4. Menerangkan hukum-hukum baru yang tidak disebut dalam al Quran .

Contohnya : Haram memakan binatang buas yang mempunyai taring dan burung ganas yang menyambar dengan kukunya.

3. SUMBER IJMA’

· Dari segi fuqaha dan ulama’ usul menta’rifkan;

· Ittifak (sepakat kata)para ulamak mujtahidin selepas kewafatan nabi s.a.w.

· Ijma’ merupakan dalil dan hujjah yang pasti dan tidak boleh dipertikaikan .

· Kecuali puak Muktazilah, Sye’ah Imamiayah dan Khawarij tidak berhujjah dengan Ijma’.

RUKUN IJMA’

1. Wujud mujtahidin ketika berlaku persoalan.

2. Ittifaq ke atas hukum Syara’ pada sesuatu persoalan .

3. Ittifaq mujtahidin dengan masing mengeluarkan pendapat dengan berterus terang .

4. Ittifaq seluruh mujtahidin .

JENIS IJMA’

· Ijma’ Sorih

Iaitu seluruh mujtahidin bersependapat atas satu-satu hukum secara berterus terang .

· Ijmak Sukuti

Iaitu sebahagian mujtahidin yang mengeluarkan pendapat dan yang lain mendiamkan diri .

KEPENTINGAN IJMA’

1. Ijma’ adalah sumber yang diperakui kesahihannya .

2. Melaui ijma’ ditentukan hukum syara’ bagi permasalahan baru .

3. Untuk menjayakan ijma’ perlu ditubuhkan satu jawatankuasa menghimpunkan ulama’ , hasil keputusanya diiktiraf sebagai sumber hukum .Jika tidak sepakat dikira ijtihad sahaja .

KE-4: AL QIAS

· Ulama’ usul mentakrifkan;

· Menyamakan hukum sesatu masalah yang tidak terdapat nas di atas hukumnya dengan masalah yang terdapat nas hukumnya kerana terdapat ‘ilah yang sama .

· Qias diterima sebagai sumber hukum syariah

RUKUN QIAS

· Al-Aslu

wujud masalah yang telah sabit hukumnya (arak)

· Al-Faru

Wujud masalah yang tidak terdapat nas tentang hukumnya (lain-lain minuman)

· Telah Wujud nas hukum yang sabit pd hukum asal (haram)

· Terdapat’illah yang sama pada permasalahan baru (memabuk)

CONTOH QIAS

· Khamru (arak) diperbuat dari perahan anggur haram kerana tedapat nas dalam al- quran.

· ‘Illah atau sebabnya memabukkan .

· Di qiaskan mana-mana air yang boleh memabukkan .

· Lahir hukum baru (haram)yang sama melalui qias

Kedudukan Qias dalam perundangan Islam

  • Qias merupakan sumber ke EMPAT dalam syariah Islam .
  • Qias merupakan sumber yang paling luas dan banyak menyelesaikan permasalahan alam Islam,manakala al-Quran dan Sunnah terbatas sedangkan permasalahan bertambah dan tidak berkesudahan
  • Bagi menyelesaikan permasalahan perlu mengunakan akal melaui qias .

KE 5: AL- ISTIHSAN

Maksudnya;

· Berpaling seseorang mujtahid dari mengamal kehendak qias jali kepada beramal dengan qias khafi (samar).

· Atau Berpaling dari mengamalkan hukum kulli (umum) kepada hukum istisnai (pengecualian) .

· Atau mengecualikan masalah juz’iyah daripada kulliyah

· Prinsip umum kerana terdapat dalil yang menuntut supaya dipalingkan.

Kedudukan istihsan dalam perundangan Islam.

· Istihsan bukan sumber yang perundangan Islam yang berdiri dengan sendiri.

· Ulama’ tidak sepakat mengamalkan konsep istihsan ini.

· Mazhab Hanafi sahaja berhujjah dengannya .

· Imam Syafei menolak istihsan sebagai sumber hukum .

Ke 6: AL- MASALIH AL- MURSALLAT

Bermaksud:-

· Menarik manfaat dan menolak kemudaratan.

Atau

· Pembinaan hukum hendaklah mendatangkan kebaikan kepada mnusia dan menolak kerosakan atau kemudaratan yang menimpa mereka.

CONTOH-CONTOH MASLAHAH

· Mengumpul al quran dalam satu mashaf oleh Abu Bakar.

· Khalifah Umar mewujudkan penjara

· Mewajibkan tukang mengganti sesuatu barang yang rosak di tangannya.

PENGHUJJAHAN Al-MASALIH AL –MURSALAH

Pendapat ulamak

- Jumhur As Syafeiyah dan Hanafiah berpendapat;

Maslahah tidak menjadi hujjah sama sekali.

- Imam Ghazali dan al Baidhawi(dari kalangan As Syafeiyah) masalih al Mursalah diambil kira sebagai sumber hukum dengan syarat;-

Syarat masalih diterima

· Apabila berlaku darurat sahaja.

· Qat’iyah bukan Zanniah

· Kulliyah bukan juziyyah.

KE 7: AL ‘URF

· Uruf ialah adat majoriti sesuatu kaum dari segi perkataan pengucapan atau amalan yang biasa dilakukan dan dihayati dalam kehidupan dan mu’amalat mereka.

· Ada yang berpendapat ‘uruf itu ialah adat

· ‘uruf dan adat adalah sama sahaja ia menjadi kebiasaan dan penghayatan manusia dalam kehidupan seharian.

JENIS ‘URUF

  1. ‘Uruf kauli /lafzi (m.s. 128)
  2. ’Uruf amali / fi’li
  3. ’Uruf ‘am
  4. ‘Uruf khas
  5. ‘Uruf syara’
  6. ‘Uruf sahih
  7. ‘Uruf Fasid

BERAMAL DENGAN ‘URUF

- Ulamak berpendapat:

‘Uruf sahih perlu diberi perhatian dan diambil kira dalam beristimbat ketika mengeluarkan hukum .

- Tujuannya untuk menjaga kepentingan umat manusia

- Contohnya:

Mewajibkan diyat ke atas Al ‘Akilah yang dipakai oleh orang Arab.

Jenis mu’malah Al Mudharabah, Syarikat .

BAB 5- IJTIHAD

- Pengertian

Pada bahasa ialah mencurahkan tenaga dalam melakukan sesuatu perbuatan

Istilah ialah mencurahkan usaha oleh seorang mujtahid untuk mengetahuai hukum-hukum syarak dengan cara istimbat

Mujtahid

· Iaitu mereka yang mempunyai malakah ijtihad atau kemampuan untuk mengkaji, menyelidik dan mendapatkan hukum-hukum syarak yang amali dari dalil yang terperinci .

· Mereka ini terdiri daripada seorang fiqih di kalangan ulamak Usul

· Tidak dikatakan mujtahid jika mereka membaca,menghafal atau mendengar dari guru-guru tanpa mengkaji .

Syarat-syarat Mujtahid

1. Menguasai bahasa Arb dengan dapat memahami tata bahasa dan kefahaman yang tepat.Contohnya menguasai nahu ,saraf ,balaghah,ma’ani dan bayan .

2. Mesti menguasai memahami Al Quran secara ijmali dan ayat-ayat ahkam secara tafsili.Contohnya Kitab Tafsir Al Qurtubi karangan Al Imam Al qurtubi .

3. Mengetahui Sunnah samada hadis sohih atau dhaif, mengetahui hadis mutawatir, masyhur dan ahad dan mengetahui hadis nasih dan mansukh.

4. Mengetahui Ilmu Usul Fiqh supaya dapat mengetahui dalil-dalil syarak ,tertibnya dan cara mengistimbat hukum .

5. Mengetahui masalah yang telah diijmak,kerana meraka tidak harus menyalahi ijmak

6. Perlu mengetahui maqasid al Syariah (tujuan perundangan sariyah) untuk tujuan kepentingan manusia

7. Kesedian Fitrah untuk berijtihad dengan mempunyai kefahaman fiqhiyah syari’yah

8. Bersifat adil akhlaknya dan, baik takwa , iaitu tidak fasiq.

To be informed of the latest articles, subscribe:
Top